Saiful Apek takkan masuk Maharajalawak sebab tak sama taraf.

Sebelum ini, Miss A ada mendengar desas-desus mengatakan kumpulan pelawak Senario bakal menyertai program Maharaja Lawak Mega 2015.., kumpulan Senario itu terdiri dari Azlee, Wahid dan Lan Pet Pet..

Ada jugak pihak-pihak lain berharap salah seorang ahli kumpulannya iaitu Apek pun dapat turut serta.. Tapi nampaknya, harapan korang untuk lihat Apek menyertai MLM 2015 tak kesampaian..

Terbaru, Apek telah maklumkan dia tak akan menyertai pertandingan MLM2015 itu walaupun akan ditawarkan dengan hadiah yang lumayan.. Bagi Apek yang merupakan seorang pelawak senior, dia mestilah kena jaga reputasinya dan dia juga merasakan perkara tu tak penting lagi untuk dirinya masuk pertandingan seperti tu..

“Setiap tahun saya ditawarkan untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega, namun saya menolak kerana merasai ia sudah tidak penting buat saya. Sebelum ini saya sudah beberapa kali menjadi juri pertandingan Raja Lawak dan kenapa pula saya mahu jadi peserta?

Lagi pula tiada apa lagi hendak di buktikan di pentas tersebut kerana sebelum ini saya sudah memeggang gelaran Artis Komedi Popular selama enam tahun berturut-turut… cukuplah tu,” ujarnya.

Pada pandangan Miss A ada jugak betulnya apa yang Apek cuba jelaskan, kalau dia masuk MLM, tetiba dia kalah mahunya tak malu..hehe.. 

Macam kes Adlin Aman Ramli lah masuk Maharaja Lawak, bila jadi juri kutuk lawak orang bagai nak gila.., dah masuk jadi peserta lawak dia pun tah apa-apa je.. Tapi, Miss A tak rasa Apek macam tu.., sebab Apek punya lawak memang best pun.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2