SAIFUL APEK SOUND PELAWAK BARU KURANG AJAR

Pelawak-pelawak sekarang memang bagai cendawan tumbuh selepas hujan.. Memang tak terkira banyaknya.. Tapi nak dapat yang betul-betul berkualiti memang susah.. Selalu yang kita jumpa pun, pelawak kini jenis yang popular hanya sekejap.. Lepas tu akan dilupakan..

Cuma pelawak yang sering dalam ingatan rakyat Malaysia antaranya ialah pelawak terkenal Saiful Apek.. Apek sendiri akui terdapat beberapa pelawak baru terutamanya genarasi muda sekarang kurang menjaga adab bahasa dalam membuat lawak..

Korang boleh lihat sendiri semasa Maharaja Lawak Mega 2014, banyak antara peserta yang membuat lawak untuk menyindir individu.. Bagi Apek lawak macam tu memang tak sesuai untuk dijadikan contoh pada anak-anak kecil..

“Sekarang ini, pelawak-pelawak baru muncul begitu ramai cuma saya kurang gemar dengan segelintir pelawak yang tidak menjaga nahu bahasa dan penggunaan ayat.


“Berlawak secara biadap dan mengutuk individu lain sebenarnya adalah tidak bagus, memang niat kita untuk menghiburkan orang namun maruah orang kita perlu jaga,” kata Saiful

Memang dah jadi trend sekarang kalau nak buat lawak mesti akan menyindir seseorang.. kalau tak buat macam tu tak ada orang nak gelak agaknya.. kalau Miss A yang jadi mangsa sindir tu, confirm sentap..

Iyalah, kadang-kadang tu sindir sampai libatkan personaliti seseorang.. Ada time nak lawak tu lawak jugak, tapi kena la dengan tempatnya.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small