Rangka manusia ditemui dalam patung Buddha

Tempoh hari, kita dikejutkan dengan penemuan sami Thailand yang telah dimumiakan… Kali ni plak,di Belanda,sekumpulan para penyelidik terkejut apabila melihat rangka manusia terdapat dalam sebuah patung Buddha yang berusia lebih 1000 tahun. Sapa yang tak terkejut kan? Rangka manusia kot..Siap ada imbasan CT scan lagi!

Hasil selidik dipercayai patung berkenaan sebenarnya mayb seorang Ketua Sami Buddha bernama Liuquan .. Lihat jer la posisi dia, memang sebijik kedudukan posisi patung Buddha.. Menakutkan! Takkan Liuquan dibekukan dengan simen dan dicat?? Musykil..

Selain itu, para penyelidik turut melaporkan penemuan secebis kertas yang mengandungi tulisan Cina lama. Tulisan berkenaan mengesahkan memang Liuquan memilih untuk menjadi sebegitu.. Dia percaya itu merupakan satu langkah yang membawanya kepada ketenangan abadi.

Macam-macam hal! Tak per la, kehidupan yang tersendiri.. Kini, patung unik dan klasik berkenaan dipamerkan di Muzium Drents, Belanda. Kalau korang nak tengok, boleh la buat lawatan ke sana yaa… Tapi ingat, jangan usik, kang tetiba terjaga, korang menjerit histeria plak..Hehe.. ~~MiraAzhar/UtaraNews.com

ep2p-5small