Rafizi Jangan Mimpi Zahid Akan Luluskan Anwar Ke Parlimen..

Mungkin risau hilang “tempat bergantung” dan takut “dibaham” oleh golongan yang lebih “otai” di dalam parti, pemimpin PKR kesayangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli seolah hilang akal apabila mengeluarkan kenyataan mahu “mentor”nya itu dibenarkan untuk hadir ke sidang Parlimen.

Katanya, Anwar masih lagi seorang Ahli Parlimen di Permatan Pauh selagi keputusan permohonan pengampunan DiRaja tidak diputuskan oleh Yang DiPertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Malah lebih menjengkelkan, Rafizi mendakwa keseluruhan pendakwaan dan penghakiman berhubung kes Liwat II Anwar itu berunsur politik dan bertujuan menyekat kemaraan Pakatan Rakyat untuk menguasai pentadbiran Kerajaan di Putrajaya.

Sebagaimana maklum, Rafizi baru saja dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Agung PKR walaupun usia dan pengalaman politiknya masih lagi “setahun jagung” jika dibandingkan dengan ramai lagi pemimpin PKR yang lebih senior berbandingnya.

Namun mungkin sudah resmi PKR yang mengamalkan budaya kronisme yang sangat tinggi sebagaimana yang dikatakan oleh Ketua Wanita Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, adalah tidak mustahil untuk Anwar “singkir”kan Saifuddin Nasution untuk menaikkan kedudukan “anak didik” kesayangannya itu.

Sementelah Anwar dipenjara, maka mungkin Rafizi terasa gusar dengan kedudukannya. Apatah lagi dengan jawatan barunya sebagai Setiausaha Agung parti yang merupakan kerusi panas selain terpaksa berurusan dengan pemimpin politik yang jauh lebih “otai”…

Mungkin kerana itulah, maka dia beriya-iya menunjukkan “bodek tahap tertinggi” kepada Anwar dan mendesak supaya “mentor”nya itu dibenarkan hadir ke sidang Parlimen?

Sebagaimana kita tahu, seorang banduan itu tempatnya adalah di sel penjara. Dia dikurung kerana kesalahan jenayahnya. Bagi Anwar, dia dipenjara kerana telah disahkan berdasarkan bukti-bukti kukuh menunjukkan dia meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Ya. Anwar boleh hadir ke Sidang Parlimen. Tapi ia memerlukan kelulusan dari Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi, yang merupakan “bekas orang kanan”nya di dalam Pemuda UMNO dahulu.

“Sayang”nya Zahid pada Anwar, beliau pernah meletak jawatan di dalam parti gara-gara Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kes liwat pertama dahulu.

Namun setelah segala “tembelang” dan kisah hidup “gelap” Anwar dibuktikan padanya, Zahid kini teguh bersama UMNO dan Anwar bukan lagi “boss”nya.

Persoalannya, apakah Rafizi fikir Zahid akan meluluskan permohonan Anwar ke sidang Parlimen? PKR atau peguam Anwar boleh memohon pada Menteri Dalam Negeri itu, tapi untuk meluluskannya adalah terletak di tangan Zahid, bukan?

Penulis yakin, jika Zahid tidak meluluskan permohonan Anwar untuk hadir ke sidang Parlimen, dia akan dikecam oleh Rafizi dan konco-konconya dari kem pembangkang.

Zahid dan pihak kerajaan berkemungkinan besar akan dituduh “pengecut”, “takut pada Anwar”, “paranoid”, “tidak demokrasi” dan macam-macam lagi tuduhan negatif. Biasalah, memang itu perangai pembangkang, khususnya PKR.

Namun, jika Zahid memberi kelulusan kepada Anwar untuk hadir ke parlimen, penulis percaya Menteri Dalam Negeri itu bukan saja akan dihentam, malah mungkin akan hilang kreadibiliti sebagai “boss” PDRM.

Berkemungkinan besar Zahid akan dikatakan “mengaku Anwar tidak bersalah” dan mewujudkan persepsi baru yang mengatakan beliau “sudah pulang ke pangkuan Anwar” sebagaimana ketika mereka seangkatan di dalam Pemuda UMNO dulu.

Malah penulis yakin hentaman itu bukan saja dari pihak pembangkang, kritikan-kritikan pedas turut akan dilontarkan oleh para penyokong UMNO, kerajaan dan rakyat jelata yang risau sekiranya beliau melepaskan seorang “peliwat tegar” dari “kandang”!

Pada pandangan penulis, status berkenaan bukan saja menjejaskan imej Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri, malah ia juga mampu memburukkan kedudukan beliau di dalam UMNO sendiri. Mungkin persepsi “Zahid setia pada Anwar” akan bergema kembali di dalam parti itu, bukan?

Jadi, sama ada meluluskan atau tidak untuk Anwar hadir ke Mahkamah, ia seoalah sama sahaja kesan kecaman yang akan diterima Zahid dari PKR, malah sekiranya melepaskan Anwar ke sidang Parlimen mungkin akan lebih memburukkan kedudukan beliau.

Malah kemungkinan sistem kehakiman dan penguatkuasaan undang-undang di Malaysia mungkin akan dipandang rendah sekiranya Zahid membenarkan Anwar hadir ke sidang Dewan Rakyat.

Justeru itu, apakah Rafizi optimis Zahid akan “lepas”kan seorang banduan ke sidang Parlimen dan “menyalak” tidak tentu hala seperti dulu? Apa “istimewa”nya Anwar berbanding penjenayah-penjenayah lain?

Sebelum ini bukan tidak pernah ahli parlimen yang dihukum penjara. Tapi mereka tidak mengada-ngada pun mahu ke sidang Parlimen dan kekal di dalam penjara untuk menerima hukuman atas jenayah yang mereka lakukan.

Berpijaklah di bumi yang nyata. Silalah cermin diri sebelum mendesak. Fikirkanlah sama ada yang didesak itu boleh diterima akal atau tidak. Pada penulis, Zahid tidak akan sesekali meluluskan permohonan itu. Lainlah jika beliau “gila”, kan? -Amir Hamzah/Utaranews.com

ep2p-2