Puteri Balqis dikecam peminat kerana buat “simbol Yahudi”

Setelah lama nama pelakon cilik Puteri Balqis Azizi ni mula menyepi dengan gosip panas.. Tiba-tiba muncul lagi kontroversi terbaru..

Kali ni Balqis telah dikecam hebat oleh peminatnya, puncanya dia telah memuatnaik gambar dakwaan dia telah buat lambang Yahudi..

Lambang Yahudi macam mana pulak ni? Miss A tak tahu pun..haha.. Alah sebenarnya tu lebih kurang kepada simbul ‘Rock’ ataupun ‘I Love You’ yang famous dikalangan remaja sekarang.. Yang dah tua-tua tu mungkin tak tahu sangat.. termasuklah diri Miss A..

Tapi, simbol tu dah disalah erti oleh sesetengah pihak pulak, hingga berlaku bergaduhan antara peminatnya.. Sampai  isu aurat Balqis pun mereka tegur..

Miss A kadang-kadang tak paham, perkara macam tu pun dah dijadikan gaduh.. Dia tu masih lagi budak kecik, tak payah la nak hentam teruk sangat.. Miss A pasti isu lambang Yahudi tu, Balqis tak ada niat pun nak buat lambang tu.. Ye dak? Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small