Program Amal Suria Rock Bersama Bob Ringgo di Maju Junction Mall

Program Amal Suria Rock Bersama Bob Ringgo di Maju Junction Mall

Life Records dan Region of Love (Rol) (Persatuan Kebajikan Wilayah Cinta) dengan kerjasama radio Suria Fm bersetuju untuk menganjurkan Program Amal – Suria Rock Bersama Bob Ringgo di perkarangan Maju Junction Mall pada 13 Februari 2015 bermula jam 8:30 malam.  di perkarangan Maju Junction Mall pada 13 Februari 2015 bermula jam 8:30 malam. 

Penganjuran Majlis Amal ini diadakan kerana sangat tersentuh apabila melihat kedaifan dan kesusahan yang dilalui golongan warga miskin kota, warga tertindas dan gelandangan di sekitar ibu kota sehingga terpanggil untuk membantu dengan mengadakan program amal ini.

Dimana sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti yang akan dijalankan termasuk pemberian makanan secara percuma, sumbangan pakaian, kasut dan barangan keperluan harian yang telah disumbangkan oleh kakitangan Life Records, Muzium Pahang, Suria FM dan pendengar Suria FM.  

Region Of Love (RoL) juga akan memberi khidmat nasihat, perubatan, pembangunan manusia, khidmat guaman, bantuan rumah perlindungan dan khidmat nasihat untuk membuat permohonan dan bantuan Baitulmal kepada golongan warga miskin kota, warga tertindas dan gelandangan.

Selain itu persembahan hiburan dari artis-artis tempatan seperti Daniel Loka, Fauzy Aisunam, Hadee, Joey bekas penyanyi BPR, Wanna Ali serta pendatang baru iaitu Wanns Ahmad, Yuzaidania dan ramai lagi akan turut diadakan serta penampilan istimewa penyampai Suria FM iaitu Bob Ringgo yang akan bertindak sebagai pengacara di majlis tersebut.

Pihak Life Records juga akan mengadakan jualan amal Album ’SURIA ROCK BERSAMA BOB RINGGO’ sepanjang program berlangsung dengan harga istimewa dan setiap kutipan hasil penjualan album tersebut akan disumbangkan ke dalam tabung Region Of Love (RoL).

Pihak Suria FM akan mewar-warkan program ini untuk menjemput masyarakat sama-sama terlibat dan membawa apa sahaja sumbangan yang dirasakan perlu untuk diserahkan kepada pihak Region Of Love (RoL) untuk diagihkan kepada pihak yang memerlukan.

Di majlis tersebut juga akan dilancarkan Album ’SURIA ROCK BERSAMA BOB RINGGO’, sebuah album kerjasama antara Life Records bersama Suria FM yang menampilkan 30 lagu yang dipilih dari kumpulan band terbaik sepanjang zaman dan merupakan gabungan dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Album ini juga turut menyelitkan suara latar Bob Ringgo sebagai pengantara dari satu lagu ke lagu yang seterusnya. 

ep2p-2