Polis termalu akibat salam faham tentang belon..

Bukannya senang okay tanggungjawab seorang polis.. Siang malam mereka ni kerah tenaga sampaikan family letak tepi..Kedaulatan negara dan kebajikan rakyat harus seiring dengan peredaran dunia.. Cewah..Eh-eh,jarang sekali kita nak dengar pihak polis buat silap dalam tugas mereka..

Ni memang betul-betul lawak.. Gara-gara belon, pihak polis menanggung malu.. Difahamkan pihak polis Amerika Syarikat tersalah faham dengan Sarah Erricson.  Ye la, sebenarnya belon tue yang berbentuk 21 tahun tetapi pihak polis menganggap sebagai ‘IS’..Ala, kumpulan militan Islamic State .Gilerr betoii..Haha..

Nasib badan la hoi… Mesti fobia kan saat pihak polis menyerbu rumah.. Kalau lah kena tembak, tak ke naya hidup..Menurut pegawai polis Kurt Erik Gunnarsson, sebelum ini dia tidak pernah berhadapan dengan kes sebegini yang dianggap baharu buat anggotanya yang berkawal di situ.

“Kes sebegini tak pernah berlaku. Sebaik sahaja dilaporkan polis terus ke kediaman tersebut namun siasatan mendapati tiada apa yang mencurigakan sebaliknya pasangan tersebut hanya meraikan sambutan ulang tahun ke-21, minggu lalu,” katanya.

Lain kali, jangan letak belon tepi tingkap yer.. Mesti ramai salah faham punyer.. Biase la, lain orang, lain pemahaman dia.. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran yer semua..Tak gitu?~MiraAzhar/UtaraNews.com

ep2p-5small