PKR hina tulisan jawi di Permatang Pauh.

Tindakan kurang ajar PKR Pulau Pinang kerana sanggup menutupi ‘board’ milik Islam yang penuh dengan kesenian khat hanya semata-mata mahu mengampu kerajaan DAP negeri, mendapat kecaman penduduk setempat.

Walaupun masih ada ruang lain untuk ‘billboard’ tersebut diletakkan, penyokong PKR tetap juga mahu meletakkan banner mereka di situ tanpa memperdulikan tulisan jawi dibelakangnya.

Mengapa perlu melindungi kesenian Islam tersebut?? Adakah tulisan selamat tahun baru Cina dalam tulisan Cina ini lebih keseniannya dari tulisan khat?? Bukahkah ini satu tindakan yang kurang ajar??

Kalau mahu membuat ‘billboard’ mengucap selamat tahun baru Cina sebesar Bukit Bendera pun tiada masalah. Biasalah, makin besar ‘banner’ ucapan tu, makin jelas nak bodek kerajaan DAP.

Menjadi masalah disini ialah tindakan menaikkan ‘billboard’ mengucapkan tahun baru Cina dari parti pembangkang ini telah menutup sebahagian board milik Islam iaitu Yayasan An Nadhoh yang ditulis dalam tulisan khat.

Jangan semata-mata mahu mengikut telunjuk DAP, mereka ini sanggup menggadai Kesenian Islam.-Alip  Danial/Utaranews.com-

ep2p-2