PKR AJAK TUN M LAWAN NAJIB AMAT MEMALUKAN

PKR yang baru sahaja kehilangan Ketua Umum mereka iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan 5 tahun disabitkan kesalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Perkara ini membimbangkan PKR, kerana mereka tidak mempunyai calon yang sesuai bagi menggantikan Anwar sebagai ketua Umum PKR walaupun ada desas-desus mengatakan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bakal menduduki kerusi sebagai Ketua Umum PKR ini.

Ekoran perkara ini juga PKR juga dilihat terdesak apabila memanggil bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohammad untuk dilantik sebagai ketua umum PKR menggantikan Anwar.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengulas berita ini menyifatkan PKR terdesak kerana sanggup menawarkan kedudukan ini kepada Mahathir.

“Mungkin mereka (PKR) sudah rasa terdesak, tak ada siapa lagi yang boleh membantu jadi mereka terfikir Tun (Dr Mahathir),” kata Muhyiddin.

Bagaimanapun Muhyiddin percaya Mahathir tidak akan menerima tawaran tersebut kerana darah beliau telah sebati dengan Umno.-Alip Danial/Utaranews.com-

ep2p-2