Perempuan ini anggap Mahfuz lagi Bodoh!!!

Jurucakap Kumpulan 25 Tokoh Melayu (G-25), Datuk Noor Farida Ariffin menyelar kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar yang memanggilnya ‘bodoh’ disifatkan sebagai biasa.

“Hanya kerana seseorang tidak bersetuju dengan pendapat anda, tidak bermakna anda boleh memanggil mereka bodoh. Ini menunjukkan dia lagi bodoh,” kata Farida ketika dihubungi The Rakyat Post.

Menurutnya, beliau telahpun meneliti kajian tentang hudud yang diterbitkan oleh seorang profesor undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, Hashim Kamali yang memberikan analisis terperinci berhubung Rang Undang-Undang Hudud PAS dari perspektif Al-Quran, hadis dan pendapat para sahabat Nabi Muhammad SAW sebelum membuat kenyataannya mengenai hudud.

Dalam surat kepada editor yang ditulisnya kepada The Star, Noor Farida berkata profesor itu membuat kesimpulan bahawa ‘Rang Undang-Undang Hudud Kelantan gagal mencerminkan sama ada keseimbangan dari Al-Quran atau dari keadaan sosial dan realiti kontemporari masyarakat Malaysia.’

“Hashim Kamali menambah bahawa ‘Rang Undang-Undang Hudud dilihat tiada usaha untuk melakukan ijtihad ke atas isu-isu baru seperti memastikan keadilan terlaksana’,” kata Farida.

Farida dalam suratnya menggesa kerajaan supaya ‘belajar daripada keadaan kelam kabut di Sudan’ dan tidak membenarkan negara ini yang mendapat kutukan dunia kerana meluluskan undang-undang tidak adil yang bertentangan dengan pandangan majoriti rakyat Malaysia.

Noor Farida juga memberitahu cerita tentang seorang isteri di Sudan yang dijatuhi hukuman mati kerana murtad dan terpaksa bersalin dalam penjara dengan keadaan tangannya dirantai.

“Berhadapan dengan tekanan hebat antarabangsa, dan ancaman sekatan negara-negara yang membekalkan bantuan kepada Sudan, kerajaan Sudan kini dipaksa mencari jalan keluar bagi menyelesaikan situasi rumit dengan sendiri.

“Para pemimpin Sudan mungkin menyesal di mana mereka membenarkan undang-undang seperti ini diluluskan untuk memuaskan hati ulama-ulama yang gagal memahami bahawa di zaman moden ini, hukuman yang keras itu tidak akan dibenarkan untuk lulus dalam mana-mana negara, ” katanya lagi.

Semalam, Datuk Mahfuz Omar berkata, Kumpulan Tokoh Melayu (G25) yang terkemuka sepatutnya terdiri daripada orang-orang yang bijak, tetapi kenyataan jurucakapnya, Datuk Noor Farida Ariffin yang menolak hudud menunjukkan hal yang sebaliknya.

Kata Mahfuz, Noor Farida sepatutnya meneliti undang-undang Islam itu sebelum mengeluarkan kenyataan yang kelihatan bodoh dan bertentangan dengan imej kumpulan yang digelar sebagai G25.

“Dia tidak jelas dengan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dan jika dia benar-benar tidak memahami sepatutnya bertemulah dengan mana-mana pegawai kerajaan negeri sebelum membuat kenyataan seperti itu.

“Kumpulan G25 terdiri daripada bekas kakitangan awam atasan, duta dan ahli akademik. Ia digelar sebagai sekumpulan orang bijak tetapi kenyataan itu menunjukkan sebaliknya seperti tidak berpendidikan,” katanya.

ep2p-5small