Penyokong Pakatan wajib berkhemah di luar Sg Buloh jika sayangkan Anwar.

Ahli Parlimen Batu (PKR) Chua Tian Chang menyeru penyokong PR supaya berkhemah di perkarangan luar Penjara Sungai Buloh bagi menunjukkan solidariti terhadap bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara 5 tahun.

Chang berkata, beliau mengalu-alukan sesiapa saja yang mahu turut serta bermalam untuk tunjukkan solidariti depan penjara tetapi tidak akan bertanggungjawab jika berlaku perkara tidak diingini atau diluar kawalan kerana ini bukan arahan rasmi parti.

Katanya, selagi penyokong tidak melampaui batas dan menjaga tingkah laku himpunan mereka ini akan dianggap berjaya.

“Sesiapa yang mahu turut serta bermalam untuk tunjukkan solidariti depan penjara, saya silakan. Tetapi ada had, kita sentiasa ingat jangan melampau tahap tindakan kita, sentiasa damai, aman dan tertib. Jangan kita keluar daripada rangka itu. Selagi dalam rangka ini kita berjaya,” kata Chang.

Beliau turut memberi amaran kepada penyokong PR supaya tidak di luar batas hanya kerana rasa marah terhadap sistem kerajaan dan bukannya atas nama perjuangan.

Menjadi persoalan disini, Chang dikatakan mengalu-alukan penyokong untuk bermalam di hadapan penjara, tetapi apabila berlaku perkara yang tidak diingini atau diluar kawalan mereka tidak akan bertanggungjawab keatasnya. Beginikah sikap sebenar pemimpin PKR?-Alip Danial/Utaranews.com-

ep2p-5small