Penyokong Pahang masih tak serik

TINDAKAN penyokong membakar suar dalam perlawanan Liga Super antara KUANTAN – Seakan tidak serik.

Demikian gambaran terhadap segelintir penyokong Pahang yang bertindak membakar suar sejurus selepas perlawanan Liga Super antara pasukan itu dan Selangor di Stadium Darul Makmur, kelmarin.

Selepas perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi mata setelah seri 1-1 itu berakhir, penyokong berkenaan terus membakar suar sebagai meraikan tamatnya perlawanan biarpun mengetahui perbuatan tersebut menjadi ke­salahan dan dilarang oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Biarpun pembakaran suar hanya dilakukan selepas perlawanan dan tidak mengganggu permainan, namun arahan ditetapkan FAM supaya peminat tidak berbuat demikian nyata tidak diendahkan oleh segelintir penyokong Pahang.

Peminat pasti tidak rugi kerana tiada tindakan akan dikenakan ke atas mereka sebaliknya Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) perlu menanggung kesalahan itu dan mungkin didenda oleh FAM.

Untuk rekod, pada tahun lalu, PBNP dikenakan denda berjumlah RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM ekoran tindakan penyokong mereka membakar suar, membaling mercun dan menggunakan bom asap di stadium ketika perlawanan berlangsung.

// <![CDATA[
new innity_adZone(“07211688a0869d995947a8fb11b215d6”, “41883”, {“origin”: “MY”, “width”: “300”, “height”: “250”});
// ]]>
Sementara itu, PBNP nyata kecewa dengan tindakan segelintir penyokong biarpun sudah banyak kali dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Perlawanan PBNP, Raja Mustafa Shah Raja Jalil Shah, tiada apa lagi yang boleh dilakukan oleh mereka kerana perkara tersebut sudah berlaku.

PBNP kini hanya pasrah menunggu hukuman yang mungkin terpaksa ditanggung mereka atas kedegilan penyokong Tok Gajah.

“Setiap kali sebelum perlawanan bermula, PBNP pasti maklumkan kepada penyokong supaya tidak membawa bahan terlarang, tetapi perkara ini masih berlaku.

“Jika bercakap soal ke­selamatan, saya rasa kami sudah melakukan pemeriksaan ketat bagi memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke stadium.

“Namun terdapat segelintir penyokong yang degil dan lebih bijak daripada kita, kita pun tidak tahu bagaimana mereka boleh membawa masuk barang terlarang berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Raja Mustafa Shah berkata, ekoran perbuatan itu, PBNP kini hanya me­nunggu apakah bentuk tindakan yang akan dikenakan oleh FAM.

“Apa sahaja bentuk hukuman dikenakan FAM kita akan terima, kerana jika diikut peraturan FAM satu suar kita akan kita akan didenda RM5,000,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, sepanjang tahun lalu, kira-kira RM70,000 denda terpaksa dibayar PBNP kepada FAM atas kesalahan penyokong membakar suar dan bahan letupan lain di SDM.

Statistik itu membuktikan, PBNP bukan ‘anak emas’ FAM seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.

ep2p-2