Penyokong Harimau 
Kumbang protes FAM

Sebahagian penyokong Pulau Pinang berdemontrasi di hadapan pintu PULAU PINANG – Kempen Liga Perdana yang membuka tirai kelmarin ‘panas’ di Stadium Bandaraya apabila kira-kira 100 penyokong tegar tuan rumah yang dikenali sebagai Ultras Panthers berdemonstrasi di hadapan stadium selepas perlawanan.

Tindakan berkenaan berpunca daripada rasa tidak puas hati mereka terhadap Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM) yang didakwa ‘mengganggu’ ketika mereka sedang memberi sokongan kepada pasukan tuan rumah.

Wakil kumpulan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Zack berkata, FAM mengarahkan polis ke tempat duduk mereka di dalam stadium dan merampas batang bendera yang mereka gunakan, yang mereka anggap sebagai tindakan tidak adil.

Katanya, ini kerana di sesetengah stadium barang berkenaan dibenarkan dibawa masuk namun keadaan sebaliknya berlaku di Stadium Bandaraya.

// <![CDATA[
new innity_adZone(“07211688a0869d995947a8fb11b215d6”, “41883”, {“origin”: “MY”, “width”: “300”, “height”: “250”});
// ]]>
“Mengapa mesti menghalang kami me­nunjukkan sokongan kepada pasukan kami. Kami tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah dan mengancam penonton lain,” katanya kepada Mingguan Malaysia selepas perlawanan itu.

Dalam perlawanan kelmarin, pasukan tuan rumah memungut tiga mata penuh selepas menum­paskan pendatang baharu Liga Perdana, Kuantan FA 1-0 hasil jaringan sendiri pemain pelawat Lee Kwang Hyeong pada minit ke-53.

Menurutnya, sudah sampai masa FAM membuka minda terhadap budaya sokongan yang dibawakan peminat tempatan bagi menjadikan sukan bola sepak di negara ini lebih meriah.

“Di Thailand sebagai contoh, perkara berkenaan tidak menjadi kesalahan tetapi kami tidak faham mengapa ada larangan di sini. Ada beberapa stadium lain dalam negara kita, penyokong boleh membawa (masuk) bendera,” dakwanya.

Pulau Pinang menewaskan Kuantan FA pada perlawanan tersebut

// <![CDATA[
(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = “//connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1”; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
// ]]>

ep2p-5small