Penyokong Anwar hanya buang masa rayu simpati rakyat.. – Chandra Muzaffar

Pelancaran kempen ‘Berarak Demi Kebebasan’ oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pengikutnya itu disifatkan sebagai sebagai satu tindakan yang sia-sia kerana ia tidak akan mengubah sebarang keputusan oleh mahkamah.

Menurut Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just), Dr. Chandra Muzaffar, mereka hanya bertujuan untuk meraih simpati masyarakat antarabangsa semata-mata dan mahu merosakkan imej negara dengan mengkritik sistem kehakiman dan institusi mahkamah.

Sehubungan itu, beliau bagimanapun menyatakan bahawa Anwar sebagai Ketua Pembangkang sememangnya mengajar helah berpolitik dengan memilih cara berkenaan untuk mengheret rakyat dalam isu peribadi beliau.

Melihat situasi berkenaan, Chandra Muzaffar menyeru rakyat agar membuat kajian secara terperinci dahulu sebelum terjebak dalam agenda dan perang psikologi yang mahu dimainkan semula selepas gerakan reformasi seperti mana yang pernah diadakan pada tahun 2008.

Beliau mengulas berhubung dakwaan Anwar yang menyata­kan pertuduhan liwat itu adalah konspirasi politik, namun mengapa masih gagal membongkar agenda konspirasi itu dalam proses perbicaraan kesnya dan ia sepatutnya dipersoalkan oleh pengikutnya dan keluarga beliau.

 “Apakah benar beliau dinafikan keadilan dalam proses perbicaraan yang berlangsung lebih enam tahun lima bulan dan 11 hari? Jangan lupa pasukan peguamnya lebih 20 orang yang mewakilinya, membuat petisyen rayuan sebanyak 18 kali, permohonan kes ditangguhkan 115 kali, bermakna akomodasi mahkamah sangat luar biasa, tetapi Anwar pada masa sama terus menghina mahkamah.”

 “Banyak kes yang dibawa ke mahkamah Anwar menang, apakah makna tuduhan terhadap sistem mahkamah itu diperalat atau tidak adil, jadi kita mahu rakyat fikir mendalam segala fakta, jangan hanya menjadi ‘pak turut’,’’ kata­nya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari menyatakan bahawa usaha keluarga Anwar melakukan kempen tersebut tidak akan memberi sebarang faedah meskipun cuba mendapatkan sokongan ma­syarakat antarabangsa.

Malah katanya, rakyat di negara sememangya sudah muak dengan permainan politik basi pembangkang yang gemar mengheret rakyat ke jalanan demi memberi gambaran buruk negara kepada dunia.

Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan akhir Anwar Ibrahim terhadap kesalahan melihat Mohd. Saiful Bukhari Azlan hampir tujuh tahun lalu. – AzlinHussain/UtaraNews.com

ep2p-5small