PEMUDA BIADAP PUNCA ANAK BERANAK TERSEPIT ESKALATOR

Bukan sorang, tapi dua orang sekaligus.. Fuyoo.. Memang tragis lah! Mimpi ngeri kot. Dikatakan tangan ibu dan anaknya tersepit di eskalator yang sedang bergerak selepas seorang lelaki secara cuai telah menjatuhkan beg ke atas mereka di sebuah pusat beli belah..Malang tak berbau betul..

Pada ketika itu, ketika Liu Chao, 27, bersama anak perempuannya yang berusia dua tahun menaiki escalator, namun secara tiba-tiba sebuah beg yang tak tahu mana asal usul menimpa ke atas mereka.

Gara-gara itu, anak kecil Liu jatuh tergolek lalu menyebabkan kemalangan tak dijangka. Liu cuba membantu menyebabkan tangannya juga tersepit pada eskalator tersebut.

Nasib badan…Kejam sungguh orang yang buang beg tue.. Otak letak kat lutut kot! Boleh plak dia larikan diri dengan menaiki bas di luar pusat beli belah berkenaan.Kurang ajar!! Patut nya dia tolong dan beri bantuan,tapi lari plak.Pihak bomba terpaksa mengambil masa selama 45 minit untuk mengeluarkan tangan kedua beranak itu.

Sehingga kini, pihak polis masih lagi mengesan lelaki tersebut menerusi CCTV..Siapa yang tak naik angin, libatkan anggota badan orang kot…Harap-harap dapat ‘tangkap’ la laki yang takde tanggungjawab tu.. Geramm plak hati kite ni.. ~~MiraAzhar/UtaraNews.com

ep2p-2