Peminat Marah, Mahu Kim So Eun Digugurkan Dari ‘We Got Married’

Gara-gara hubungan yang disalah tafsir oleh sesetengah pihak tentang hubungan aktres Kim So Eun dan Son Ho Joon, Kim So Eun dikatakan tidak lagi sesuai untuk menyertai program realiti yang menjadi pilihan di Korea, ‘We Got Married’. Khabar angin itu nyata sekali menimbulkan rasa marah di kalangan peminat rancangan tersebut.

Menurut sumber, hampir semua peminat rancangan ‘We Got Married’ memuat naik kenyataan di laman program berkenaan meminta agar aktres itu digugurkan daripada program.

Walaubagaimanapun, pihak syarikat pengurusan menafikannya itu dan menegaskan hubungan mereka hanya sekadar sahabat semata-mata.

Peminat Marah, Mahu Kim So Eun Digugurkan Dari 'We Got Married'

Son Ho Joon dikatakan bercinta dengan Kim So Eun

“Mereka hanya sahabat sahaja dan hubungan itu telah disalah erti oleh pihak lain,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, penerbit program itu turut memberitahu pasangan Kim So Eun dan pasangan di dalam program ‘We Got Married’, Song Jae Rim akan diteruskan.

Peminat Marah, Mahu Kim So Eun Digugurkan Dari 'We Got Married'

Kim So Eun & Song Jae Rim akan membintangi program realiti Korea, We Got Married

44 total views, 44 views today

ep2p-5small