Pemimpin MCA perlu berterima kasih pada Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri dilihat memalukan kepimpinan MCA apabila menegaskan bahawa beliau telah melakukan tugas yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin parti cina tersebut didalam memperjuangkan kaum cina secara tidak langsung.

Sepatutnya MCA berterima kasih kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu kerana beliau sanggup melawan peniaga-peniaga cina yang mengaut keuntungan dengan sewenang-wenangnya.

Dan MCA juga perlu sedar dan menyokong Ismail Sabri kerana kaum cina sendiri sebenarnya turut kecewa bila harga barangan runcit tidak turun setelah harga minyak mentah dunia dan didalam negara turun dengan mendadak.

“Ramai pengguna kaum Cina yang kecewa kerana harga barang tak turun. Mesej saya, terima kasih dekat saya kerana bela mereka.

“Jadi mengapa kena minta maaf sebab saya bela rakyat yang tertindas kerana harga,” katanya.

Minggu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Ismail mengatakan pengguna harus bijak mempertahankan hak mereka.

Mengenai badan bukan kerajaan (NGO) serta anak muda berhaluan kiri dari penyokong pembangkang yang menggesa Ismail Sabri untuk meletak jawatan, ia sebenarnya bukanlah satu isu besar kerana lebih ramai yang memberikan sokongan kepadanya.

“Kumpulan pelajar universiti sedang jalankan kempen kutipan satu juta tandatangan sokong Ismail Sabri. Pertubuhan-pertubuhan belia sokong saya.

“Saya percaya semua kena bersatu tanpa mengira kaum desak pemborong dan peniaga turunkan harga,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu juga mencabar Pakatan Rakyat agar berarak mendesak supaya pemborong dan peniaga menurunkan harga barang.

“Waktu harga naik, pembangkang berarak kerana  tidak puas hati harga barang mahal. Sekarang harga masih mahal.

“Jadi saya cabar pembangkang berarak desak supaya pemborong atau peniaga turunkan harga.

ep2p-5small