PEMERGIAN ALLAHYARHAM NIK AZIZ DIIRINGI 50 RIBU RAKYAT

Kota Bharu: Jenazah bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, 10.55 pagi tadi.

Terdahulu, lebih 20,000 orang menyertai solat jenazah di Masjid Tok Guru pada 9.55 pagi sebelum mereka mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tiba pada 9.45 pagi untuk memberikan penghormatan terakhir turut menyertai solat jenazah bersama jemaah lain.

Lebih 50,000 orang setia menanti sehingga pengebumian selesai.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ayahandanya, Nik Mat Raja Banjar yang meninggal kira-kira 40 tahun lalu. Al-Fatiha sekali lagi. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat .Amin

ep2p-2