Saturday, 14 February 2015
(function() {
var nn = document.createElement(‘script’); nn.type = ‘text/javascript’;
nn.src = ‘http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js’;
var s = document.getElementsByTagName(‘script’)[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling);
})();
PUTRAJAYA – Ramai di kalangan ibu sanggup mencipta pelbagai alasan hanya kerana mahu bersalin di Hospital Putrajaya (HPj) selain dari merebut peluang untuk mendapatkan angka 16 pada kad pengenalan yang menunjukkan tempat kelahiran di wilayah ini yang dianggap istimewa dan gah.
Lapor Harian Metro, HPj juga didatangi oleh mereka yang dari dalam dan luar Lembah Klang dengan melakukan pelbagai taktik dan usaha untuk mencari peluang melahirkan anak di wilayah ini.

Ekoran dari itu, HPj dibanjiri oleh ibu hamil dari luar kawasan Putrajaya berbanding penduduknya sendiri.
Menurut Pengarah HPj, Datuk Nora’i Mohd Said berkata, secara puratanya, kira-kira 6,000 wanita melahirkan bayi di HPj setiap tahun dan 70% dari jumlah berkenaan adalah penduduk luar Putrajaya.
Bagaimanapun, pihak HPj tidak menolak sebarang pesakit sama ada dari dalam atau luar Putrajaya, namun bergantung kepada kekosongan dan kemudahan di HPj.
Hypemedia