PANAS! Eina Azman Dituduh Cuba Putus Hubungan Adik Beradik Suami

Advertisement

Panas! Kenapa pula timbul gosip Eina Azman cuba untuk memutuskan hubungan adik-beradik suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet. Dengar-dengar kontroversi yang sedang hangat diperkatakan ini, di sebalik “Gambar Majlis Resepsi Eina Azman Dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh” rupa-rupanya adik Datuk Paduka Kaiser Gurmeet memaklumkan dirinya tidak mendapat jemputan ke majlis resepsi abang dan kakak iparnya itu.

Betul ke ni? Atau ada lagi yang cuba untuk mengaku dirinya sebagai adik Datuk Paduka Kaiser Gurmeet. Wanita yang mengaku adik ipar Eina Azman tersebut mendedahkan punca dirinya tidak dijemput ke majlis berkenaan kerana Eina menuduh adik iparnya itu menggunakan perkataan kasar terhadap Eina dan ibunya.

Menarik:- Gambar Emma Maembong Dan Bridesmaids Eina Azman

Dek kerana itu, satu akaun Instagram yang bernama @agishwagill telah memuat naik gambar beserta luahan tidak puas hatinya terhadap tindakan Eina sekaligus mendakwa Eina cuba untuk memutuskan hubungan adik-beradik suaminya.

Advertisement

Eina Azman Dituduh Cuba Putus Hubungan Adik Beradik Suami

Eina Azman Dituduh Cuba Putus Hubungan Adik Beradik Suami

Eina Azman Dituduh Cuba Putus Hubungan Adik Beradik Suami

Tak pasti apa tujuannya dan sejauh mana kebenaran khabar angin ini memandangkan menerusi koleksi gambar yang ada, sepertinya keluarga Datuk Paduka Kaiser Gurmeet hadir bersama-sama memeriahkan majlis itu.

Bagaimanapun kita tunggu sahaja jawapan balas dari Eina Azman, mungkin ianya hanya perkara kecil yang cuba diperbesarkan. Yang pasti mereka sahaja yang tahu. Eina sila beri penjelasan, ahaks!

931 total views, 931 views today

ep2p-5small