PAKATAN RAKYAT ENGGAN RATAPI KEHILANGAN DUA TOKOH

Pakatan Rakyat (PR) kehilangan 2 tokoh besar dalam seminggu ini dimana Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9.40 malam tadi manakala seorang lagi Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipenjarakan pada 10 Februari kerana didapati bersalah dalam kes liwatnya.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan berkata, walaupun PR kehilangan dua tokoh besar tidak akan menjejaskan kekuatan PR.

Walaupun, kehilangan ini merupakan cabaran besar buat PR, tetapi PR masih mempunyai pemimpin pelapis muda yang boleh membawa gabungan tiga parti itu jauh ke hadapan. Ia tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada Pakatan.

“Saya tak boleh melihat ini satu masalah besar. Kita banyak pemimpin pelapis yang dah lama bekerja dalam parti dan kerajaan bersama-sama. Jadi saya tak melihat ada kesan negatid kepada Pakatan,” kata Nik Nazmi.

Beliau yang mengulas mengenai kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang berkata, Anwar sehingga kini masih diiktiraf sebagai Ketua Umum PKR dan tiada perbincangan untuk menggantikannya dengan pemimpin lain.-Alip Danial/Utaranews.com-

ep2p-5small