Pakai Jersi Malaysia, Gambar Terakhir Hasbullah Pagi Tadi

PEMERGIANNYA tiada galang ganti dalam bidang pengulasan sukan di Malaysia.

Sehingga ke akhir hayat, Datuk Hasbullah Awang tetap menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi apabila memilih untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan negara, Harimau Malaya dalam keadaan wajah cukup untuk membayangkan keadaan kesihatannya yang lemah.

// <![CDATA[
new innity_adZone(“07211688a0869d995947a8fb11b215d6”, “41883”, {“origin”: “MY”, “width”: “300”, “height”: “250”});
// ]]>
Difahamkan gambar ini dirakam pada 7 pagi tadi di kafe Institut Jantung Negara, beberapa jam sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir jam 12.20 tengahari tadi.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang dikasihi. Amin.

– MYNEWSHUB.CC

ep2p-5small