Nurul Izzah tersinggung dengan cakap Hadi Awang.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini telah mengulas mengenai kes Anwar dengan mengatakan, hanya hudud atau undang-undang Islam mampu memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan dan kekeliruan seperti kes ini.

Tambah Hadi, bagi mengelak keputusan begini terus berlaku, beliau menyarankan PKR dan DAP memberi keyakinan kepada Pas untuk melaksanakan hudud di dalam pemerintahan negara.

“Ia juga mengingatkan kita semua, hanya undang-undang syariah sahaja dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seleruh kekeliruan dan fitnah sebagaimana kes ini. Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada Pas untuk membawa perjuangan sehingga berdaulatnya undang-undang Syariah di dalam pemerintahan egara kita ini, termasuk menegakkan ‘addin’  yakni cara hidup islam,” kata Hadi.

Selain itu, beliau turut melahirkan rasa simpati dan merakamkan ucapan takziah terhadap Anwar yang didapti bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun. Hadi turut menyifatkan keputusan mahkamah ini merupakan satu lagi sejarah hitam negara.

Dengan kenyataan Hadi ini, anak sulung Anwar, Nurul Izzah sebenarnya tersinggung tetapi cuba menyembunyikan perasaan tersebut dengan memberitahu bahawa Hadi sebenarnya prihatin dengan kes ayahnya dan beliau sedar negara ini sedang berdepan dengan krisis kehakiman.

“Alhamdulillah, beliau prihatin dengan kes Anwar. Beliau sedar kita ada masalah dengan kebebasan sistem kehakiman. Saya bersyukur beliau ambil berat,” kata Izzah.

Sementara itu, seorang lagi anak Anwar, Nurul Nuha mengumumkan pelancaran satu inisiatif kebangkitan bagi menuntu keadilan terhadap bapanya yang dipanggil “March 2 Freedom”.

Nurul Nuha berkata, tujuan utama kempen ialah bagi menyatakan yang Anwar menjadi mangsa keadaan sistem di negara ini. -Alip Danial/Utaranews.com-

ep2p-5small