NORMAN HAKIM MASIH JAGA HATI ABBY ABADI

Indah sungguh melihat kebahagian yang terjalin antara Norman Hakim, Memey Suhaiza dan Abby Abadi.. jarang sekali kita dapat melihat perhubungan antara suami dan bekas isteri yang masih lagi terjalin baik..

Baru-baru ni Norman dan Memey telah meraikan sambutan hari lahir untuk anak mereka, Mohamed Darwisz di Taman Layang-Layang Kepong Selangor.. Apa yang menarik perhatian Miss A, pasangan bahagia ni turut menjemput Abby Abadi selaku bekas isteri Norman..

Itulah orang pernah kata buang yang keruh, ambil yang jernih.. Abby pun turut membawa anak-anaknya untuk memeriahkan majlis.. cara mereka ni perlu dijadikan contoh dan pengajaran kepada umum..

Mungkin perkara seperti ini perlu dipraktikkan oleh pasangan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal pada bekas isteri Aidil iaitu Rita Rudaini.. Ada apa-apa sambutan ajak sekali bekas isteri,tak salah rasanya.. ni sampaikan bapa pun macam dah tak ambil tahu je tentang anak-anak sendiri lepas bercerai..

Jom kita tengok kebahagian yang terpancar di wajah pasangan ni.., masing-masing nampak gembira je.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2