Nadia (AF6) Bakal Bertunang April Depan

Penyanyi Nadia AF6 bakal mengikat tali pertunangan pada 18 April depan dengan jejaka pilihannya iaitu seorang penolong pengurus di sebuah gimnasium bernama Hafiz Hamdan, 28. Perghh! 18 April tuu. Haa, kalau pembaca nak tahu 18 April tu sempena hari lahir Ida Melly tau! Opsss! Hehee..

Nadia atau nama sebenarnya Haswani Hasnan, 25, berkata, dia kini sedang sibuk membuat beberapa persiapan untuk majlis yang bakal berlangsung itu.

“Alhamdulillah, saya akan bertunang pada 18 April ini bersama kekasih saya iaitu Hafiz Hamdan dan berkahwin mungkin pada Disember depan.

“Sekarang sedang buat persiapan pertunangan untuk jemputan seramai 100 orang terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan kawan-kawan media,” kata Nadia.

Tambah Nadia, keputusan tersebut dibuat selepas merasakan ia adalah masa yang paling sesuai untuk dia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Sementara itu, Nadia berkata, dia bakal bersiaran sebagai pengacara sukan di saluran Astro Arena tidak lama lagi.

Nadia (AF6) Bakal Bertunang April Depan

Nadia menganggap tanggungjawab sebagai pengacara rancangan sukan sebagai satu cabaran baharu buat dirinya.

“Saya akan bersama Astro Arena sebagai pengacara Sorotan 12 yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

“Saya hadiri uji bakat itu dan tidak sangka terpilih kerana saya akui pengetahuan dalam bidang sukan tidak terlalu luas berbanding calon lain yang hadir temuduga.

“Namun, mungkin mereka melihat keyakinan saya dalam mengacara rancangan tersebut dengan baik,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nadia bakal keluar dengan single terbaharu berjudul Kamu Aku Satu ciptaan Farah Asyikin. ~ Mstar

Malas nak cakap banyak, apepun Ida Melly doakan semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar okeyy,, Hehee..!

28 total views, 28 views today

ep2p-2