My Kuali: Udang goreng kunyit

 

 nak makan nasik dan lauk yang sempoi2 jer… yang penting cepat dimasak dan sedap dimakan. eh  eh cam iklan megi lak kan? tapi masak pun apa dengan saja yang ada dalam fridge… so udang goreng kunyit yang togel tak dak kawan2 dan dayang2nya…. cuma bawang dan cili merah+hijau jer…

resepi sempoinya….

Bahan-Bahan

 Udang secukupnya

1 biji cili merah dan hijau*

1 ulas bawang bawang merah*

sedikit serbuk kunyit

Garam secukup rasa

Minyak masak secukupnya

 

Cara-Cara

1. Perapkan udang bersama serbuk kunyit dan garam. goreng sekejap dan toskan.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang dan cili merah hingga layu.

3. Masukkan udang tadi. perasakan garamnya

4. Gaul rata dan angkat.

5. Sedia dihidangkan.

ep2p-5small