My Kuali: Tempe goreng berempah

 ha ha…. sejak ada sambal kicap, segala menu jawa dah keluar… memula goreng pisang, mee hoon sup dan kini tempe goreng pulak… typical johorean! typical jawa!. apalah tempe goreng kalau tak de sambal kicap jawa ni kan? pastinya kurang umpppph nya!

jom kita menggoreng tempe buat kudapan petang2, makan sambil gebang2…. resepinya dari CMG.

BAHAN-BAHANNYA :-)

8 keping tempe berbungkus daun (kak rose bli 2 bungkus plastik beso tu!)

2 camca besar tepung beras

1 putih telur, dipukul sedikit

Garam secukup rasa

1 camca besar penuh ketumbar biji*

1/2 camca teh jintan kasar*

1/2 camca teh jintan halus*

2 ulas bawang putih*

3/4 camca teh serbuk kunyit

Sambal kicap untuk dimakan bersama tempe goreng

CARA MEMBUATNYA :-)

Tumbuk semua bahan2 bertanda (*)
hingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam satu bekas bersama tempe,
serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Tuang putih telur dan gaul rata.
Tambah tepung beras dan gaul hingga semua bahagian tempe bersalut
tepung.
Panaskan minyak untuk goreng terendam.
Goreng tempe tadi, guna api sederhana dan balik2kan selalu. Goreng
hingga kuning keemasan dan garing. Jangan goreng terlampau banyak untuk
sekali, buat 3 kali goreng untuk 8 keping tempe tadi. Angkat dan toskan.

ep2p-5small