My Kuali: Sambal ayam penyet

Sambal ni actually untuk makan dengan nasi ayam penyet, tapi kak rose ni kan dah ikut selera sendiri… makan jer dengan nasi biasa bersama lauk2 yang lain. sejak pertama kali buat untuk digandingkan dengan nasi ayam penyet tu kak rose dah tersuka pulak dengan sambal ni… ade jugak buat untuk makan dengan nasi lemak… tetap sedap ditekak kak rose ler!

 bahan yang dah ready untuk digoreng dan blend… x de rajinnya nak menumbuk bagai!

kak rose tepek lagi sekali resepinya kat sini ya…. mekasih ijan, kak rose cnp ya.Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi (ikut ler kepedasan memasing ya)
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan (kak rose x bubuh, tp ttp umphhh!!!)
2 sudu Ikan Bilis- kak rose lebihkan
3 sudu gula merah/secukup rasa
(kak rose buat separuh je dari bahan2 ni dan 2 biji je cili merah!)

Panaskan minyak.
Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.

Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.

Masukkan bawang
merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata
dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan
yang telah digoreng pada suhu bilik.

Masukkan kesemuanya
ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa
halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.

Rasa sambal yang
terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.*
Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal
dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

ep2p-5small