My Kuali: Pulut kuning berkat

 tak nak makan nasik tapi makan pulut aci tak?  sebenarnya bukan tak nak makan nasik tapi malas nak masak tu alasan sebetulnya… malas yang tak de obatnya! since kak rose ade lebihan sambal tumis dari gandingan nasik lemak ari tu, apa kata kali ni gandingkan dengan pulut pulak… sejak duk di penang ni kelapa pun tak beli lagi, so pulut ni pun guna santan serbuk jer…. lantak la labu, janji dapat makan kan.

resepi pulut kuning ni kak rose cnp dari blog CMG, pulut kuning berkat namanya….kak rose lagi suka kalau guna santan fresh, lemak dan manis rasanya. apa pun meh kak rose kongsikan resepi dari CMG ni. mekasih ya Mat.

Bahan-Bahannya :-)
850 g beras pulut
3 inci kunyit hidup, atau (kak rose tuko dengan pewarna kuning sikit)
2 camca teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
2 cawan santan + 1 1/2 camca teh garam, kacau rata
1 helai daun pandan, disimpul

Cara membuatnya :-)

Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan
tumbuk, campur 1 camca teh air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan
rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul
rata dan biar terendam 8 – 9 jam.
Kemudian toskan pulat tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun
pandan dan kukus 10 minit. Kemudian alihkan pulut yang 1/2 masak tadi
ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil
digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus
balik 15 – 20 minit.
Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah,
boleh dialihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ayam,
kari atau lauk2 kegemaran…

buat untuk minum petang aka dinner semalam. makan pulut dengan sambal tumis ikan bilis pun boleh bertambah2.

ep2p-5small