My Kuali: Penang Time Tunnel

Salam Selasa dan selamat bercuti kepada negeri2 yang menyambut thaipusam, kak rose kat sini seharian, malah dari malam tadi lagi asik mendengar gendang dan weil weil dari seberang jalan… non stop. walaupun cuti tapi tak gerak g mana2 sbb jalan kat penang ni mmg cramp, jammed gila… depa buat koolam dan tuhan dia dibina dimerata tepi jalan yang sudah sedia sempit ni… adoyaiiii la…

tak pe dok rumah boleh mengupdate rumah maya kak rose ni…ni kisah masa g jenjalan dengan anak2 menyusuri sepanjang kawasan Art Street kat Geroge Town ditengah terik panas matahari…banyak gambar yang kak rose amik tapi sayang sbb panas sangat so most of the photo ade bayang2…tak puas hati sungguh, rasa macam nak kena pergi lagi sekali, tu pun kena tunggu cuaca yang elok dan tak panas sangat kot…. dan yang pasti kalau rajin la…

lepas menyusuri Art Street tu kami pergi pulak kat Penang Time Tunnel ni, untuk sapa2 yang nak masuk kesini baik bersedia dengan masa kerana banyak sangat yang nak diexplore, daripada kisah sejarah Pulau Pinang,lukisan 3D mural art, florescence room dan inverted room… sayang sangat gambar dalam florescence room yang staff kat situ tolong amikkan semuanya shaky… so meh nak tayang gambar2 dari 3D mural art room tu….

entrance ticket… dewasa RM22 tapi with mykad RM14….but really worth it sbb banyak sangat yang menarik dalam ni…pada yang suka explore tempat2 sejarah n 3D art ni lah…nampak dari luat bangunan tu macam sempit jer, tapi bila masuk dalam tu…sangat luas dan tak menjemukan dengan kisah sejarah, peralatan dan lukisan mural yang cantik. setiap pengunjung akan diberikan kertas simple quiz dan bila dapat jawap dengan betul, boleh claim souvenir dikaunter masuk tadi.. jom ikut kak rose…

sawi, kangkung, kacang panjang… ade gaya macam nyonya jual sayur tak?

nasik lemak yang femes diseluruh malaysia…

tengok ni!!!! anak2 buli mama!

join the apek’s family having morning coffee…

nak jugak squatting macam apek tu…but tak de coffee la pulak!

Oh noooo!!!! anak mama hulur kepala dalam jaw’s mouth

ni dalam 3D inverted room…. as if tidur tergantung or against the gravity…

 and banyak sangat gambar… tak larat nak edit. tapi nanti nak jugak tepek gambar2 yang dari Muzium Sejarah tu kat sini untuk kenangan masa akan datang…dan juga gambar2 dari Art Street tu. kalau rajin lah….bila? only God knows!

ep2p-2