My Kuali: Lempeng nasi

 Asalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua. cepat sungguh masa berlalu kan…. rupanya dah sebulan lebih kak rose berada di penang ni… tapi bulan lepas memang asik berjalan jer dan lebih kurang tiga minggu tak de kat rumah ni. mengemas rumah pun kena hold dulu sbb asik berjalan jer apalagi masak2…memang tak terbuat la. dan kini rasanya dah settle down, mula lah opis kecik kak rose beroperasi semula. pagi ni ada rajin sket dan kebetulan ade lebihan nasik semalam, teringat pulak lempeng nasik CMG dan hana tu. kalau tidak, hari2 asik roti bakar jer!

 lempeng nasi posing atas koli… panas! panas!

 so gigih lah pagi hari menggodek buat lempeng nasik ni…. mekasih CMG dan Hana jugak, laju jer makan lempeng nasik cicah sambal tumis ikan bilis….meh kak rose kongsikan resepinya, cnp dari blog cikgu hana yang dah sunyi sepi tu… neng endi kue delek ndok?

Bahan-bahan

2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
3 cawan air
1 1/4 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
2 camca besar minyak masak @ minyak zaitun
Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah

Cara-cara
Kisar
nasi tadi bersama air, kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa
dan minyak masak, kisar lagi hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas
dan biarkan sekejap.
Panaskan
non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan
lempeng, tuang ditengah2 pan, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri.
Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat dan
berlobang2.
Berhati2 terbalikkan
dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan laku kaedah
sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama kuah kari atau
sambal tumis. Selamat mencuba.

ep2p-2