My Kuali: Bingka crackers

 buat kuih bakar ni untuk minum petang semalam… kes nak menghabeskan crackers yang beli kat rope walk hari ahad lepas…tak pernah bli biskut yang timbang timbang ni…. sllu tu kalau nak bli memang dah ada packet2 tu kan… bila ternampak yang jula dalam tin ni nak la jugak mencuba…. tapi sayang, cranckers ni dah tak fresh macam yang paket2 tu… nasib baik la bli cuma 400gm jer! so daripada membazir baiklah jadikan dia bingka sedap ni… kawan2 yang ada lebihan crackers ni bolehla buat untuk menu minum petang ni pilak….

walaupun tak lemau, tapi cuma rasa tak macam yang fresh tu… tapi bila dah jadi bingka ni sedap pulak…. mungkin dah bercampur dengan bahan2 lain yang melemakkan tu….jom tengok resepinya yang kak rose copy dari sini….

Bahan-bahan

140g biskut cracker @ setengah peket
85g tepung gandum
210g gula – kemanisan ikut citarasa masing2
3 biji telur
710ml santan @ susu cair
1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi
1sk pandan paste atau pewarna kuning
garam secubit
bijan sangai – jika suka
Cara-cara
Panaskan oven suhu 180. Lengserkan loyang dengan minyak.
Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
Bakar selama 1jam sehingga keperangan.
Sejukkan dan potong.

** kak rose ikut tuan asal resepi yg masak sekejap atas dapur dulu adunan baru masuk dalam oven

ep2p-5small