My Kuali: Asam pedas ayam

ayam masak asam pedas yang terlupa masukkan tomato dalam tu… dah senduk nak amik gambo baru perasan yang gulai ayam ni togel jer… hishhhh, lantak la labuuuu….

Bahan Kisar

20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu
1 labu bawang besar
4 bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
sedikit belacan (kak rose x bubuh yg ni)
1 sudu besar lada hitam-tumbuk halus
1 ekor ayam- di potong, bersihkan dan di toskan
segenggam asam jawa – diramas dgn 1 cawan air
1 sudu besar halba
1 batang serai – diketuk
daun kesum – ikut suka banyaknya
1 btng bunga kantan-saya tambah (kak rose x de!)
1 biji tomato – di belah empat
1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
garam dan sedikit gula
minyak untuk menumis
Cara-cara Panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih

Masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 – 20 minit dan
akhir sekali masukkan tomato, gula dan garam secukup rasa . * masam,
pekat atau cair kuahnya ikut selera masing2*
Siap untuk di hidang dan dimakan

ep2p-5small