‘MELATI’ ZERO MULA BUAT HAL LEPAS MENANG MLM 2014

Ni yang tak syok ni bila dengar, korang ingat lagi tak seminggu sebelum final Maharaja Lawak Mega 2014 heboh kata salah seorang ahli kumpulan Zero, Syaiful akan berkahwin selepas MLM2014 dah tamat.. Kiranya dalam bulan ni lah dia nak kahwin kan..

Tapi, Syaiful ni ambil keputusan pulak nak tangguhkan perkahwinannya sebab nak beri tumpuan kepada kerjaya bersama dengan adik-beradik dia pulak.. Pada mereka ni mungkin keputusan yang bijak.. Iyalah sekarang ni kan populariti mereka tengah mencacak naik lepas jadi juara MLM2014..

“Nawaitu asal kami menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat kami itu. Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu…Buat masa ini biarlah kami bertiga fokus pada kerja dahulu.” ujar Syaiful..

Miss A bukan tak suka, sebabnya kalau dah nak kahwin tu eloklah dipercepatkan.. Orang selalu cakap rezeki lepas kahwin tu lagi banyak..

Bukan hanya Miss A yang tak suka bila mendengar berita ni.. Ramai jugak antara peminat mereka yang mengkritik tindakan Syaiful ni.. Ada yang cakap mereka ni dah lupa diri.. Pastu siap samakan Syaiful seperti Mawi.. Alah.. kes Mawi putus tunang, lepas tu kahwin dengan artis tu lah.. Agak-agak Syaiful pun ada niat nak buat macam tu ke? Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small