Marsha Berserah Kepada Jodoh – Gosip Artis

Advertisement

Marsha Milan, seorang artis kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ketiga dilihat lebih bersinar menerusi bidang lakonan serta pengacaraan.

Memiliki wajah yang cantik, Marsha yang kini mencapai usia 29 tahun mengakui sudah pun berpunya namun tidak mahu terburu-buru untuk mengakhiri zaman bujangnya.

“Ya, dalam hati ini sudah ada seseorang dan kami sudah berkawan lama. Tapi, soal kahwin, saya rasa lambat lagi perjalanan itu.

“Saya tak mahu bercakap banyak mengenai soal (kahwin) ini, kerana ia takdir Tuhan.

“Sama ada saya kahwin tahun ini atau tidak, kita tunggu sajalah. Saya berserah,” katanya.

Marsha Berserah Kepada Jodoh

Advertisement

Dalam perkembangan yang lain, Marsha kini sedang sibuk dengan single terbarunya yang bakal dilancarkan selewat-lewatnya Mei hadapan. Wahh akhirnya, Marsh akan keluarkan single terbaru. Pasti peminat terubat rindu peminat Marsha yang dah lama menantikan kemunculan singlenya. Lama tak dengar Marsha menyanyi kan. Ihik!

“Bukan senang nak dapat material bagus apatah lagi pendengar kini semakin bijak mendengar lagu pilihan mereka.

“Tajuknya belum dapat dipastikan lagi tetapi ia berkonsep balada dan kisah percintaan.

“Sebenarnya, saya mahu mengimbas kembali zaman kegemilangan semasa dan selepas AF3,” katanya.

Marsha Berserah Kepada Jodoh

Marsha bakal muncul dengan single terbaru selewat-lewatnya Mei hadapan

550 total views, 550 views today

ep2p-2