Mahfuz mahu jadi “Pejuang HUDUD” lawan Gobind..

Selepas gagal mengadakan ‘telesidang’ bersama bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Umar Azhar yang mendakwa akan melakukan satu pendedahan berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar akhirnya tampil untuk meneruskan ‘perjuangan’ parti dalam melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Dalam laporan sebelum ini, ugutan yang dilakukan oleh Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo terhadap PAS telah mendapat maklum balas daripada beberapa pemimpin parti yang mendakwa DAP tidak layak mencampuri urusan PAS walaupun kedua-dua parti berada dibawah satu ‘payung’ iaitu Pakatan Rakyat (PR).

Mengulas mengenai perkara tersebut, Mahfuz yang sebelum ini sangat ‘sibuk’ dalam kes melibatkan Sirul berkata, apa yang disuarakan oleh Gobind tidak seharuskanya dilakukan secara umum melalui media dan jika beliau ingin melakukan bantahan terhadap PAS dalam membentangkan rang undang-undang hudud, ia boleh dilakukan dengan cara yang ditetapkan oleh PR tanpa perlu menyingkirkan mana-mana parti dalam pakatan.

Namun begitu, Mahfuz turut mengingatkan pemimpin DAP khususnya Gobind terhadap perancangan hudud di Kelantan sudah lama di rancang oleh PAS ketika PR belum lagi wujud pada tahun 2008.

“Kami masih menekankan demokrasi dalam proses melaksanakan perkara ini yang mana ia memberikan pilihan kepada ahli parlimen untuk membentangkan, membahas, menyokong atau menolak rang undang-undang persendirian yang ingin dibawa itu.

“Gobind bolehlah menggunakan ruang demokrasi tersebut untuk menyatakan pendirian bersama Ahli Parlimen DAP yang lain tanpa perlu membangkitkan isu berkenaan kedudukan parti lain di dalam Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, beliau turut mengingatan pemimpin DAP tidak perlu bersikap terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan berhubung tindakan PAS membentangkan rang undang-undang hudud pada 18 mac ini kerana ia hanyalah satu perangan Kerajaan Negeri Kelantan yang masih belum dipersetujui oleh Parlimen.

“Ia belum dapat dilaksanakan sehinggalah mendapat kebenaran dan pindaan undang-undang di Parlimen. Pindaan yang bakal dibentangkan juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan cadangan pembentangan rang undang-undang persendirian ahli Parlimen (Private Member’s Bill) di Dewan Rakyat yang berkait dengan Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan atau Akta Mahkamah Syariah 1965 sebagaimana yang digemburkan oleh sesetengah pihak memandangkan tarikh pembentangannya pun belum ditetapkan lagi.

“Pas dan Kerajaan Negeri Kelantan akur dengan apa jua keputusan dan ketetapan yang akan diputuskan di Parlimen kelak sama ada menerima mahupun menolak rang undang-undang persendirian tersebut. Pas juga menghormati keputusan yang telah disepakati bersama di dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 yang lalu,” katanya lagi. –UtaraNews.com/Mohd Shahir Shukor

ep2p-2