Mahfuz mahu “bawa lari” ibu Sirul ke Australia.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menegaskan bahawa beliau mahu membawa ibu bekas anggota komando polis, Sirul Azhar Umar ke Australia bagi melihat perkembangan anaknya di sana.

Walaupun Pas tiada kena mengena dengan isu tersebut, Mahfuz tetap mahu mempertemukan Sirul dengan ibunya, Piah Samad kerana wanita 74 itu khuatir jika tidak dapat berjumpa lagi sebelum akhir hayatnya.

“Jadi (ibunya) sangat sedih, kami minta komitmen (kedtuataan Austalia) untuk uruskan ibu Sirul, bawa (beliau) jumpa Sirul,” katanya dalam sidang media di Kedutaan Austalia.

Mahfuz hari ini menyerahkan surat memohon Australia menerbangkan ibu Sirul ke negara Kanggaru itu. PAS juga meminta negara itu memberi “perlindungan” kepada Sirul.

Sirul pada 13 Januari lalu diputuskan bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu bersama Azilah Hadri. Mereka dijatuhi dihukum gantung oleh Mahkamah Persekutuan, mahkamah paling tinggi di negara ini.

Kerajaan Malaysia tidak dapat membawa pulang Sirul kerana undang-undang Australia tidak membenarkan seseorang yang berdepan hukuman gantung untuk diekstradisi.

Sebelum ini Pas yang paling hadapan didalam mendesak mahkamah menjatuhkan hukuman yang paling berat kepada pembunuh Altantuya Saaribuu. Mungkin akibat dibelenggu rasa bersalah, Mahfuz dan Pas kini cuba menebus kembali kesalahan mereka.

ep2p-5small