Liyana Jasmay-Mula Dari Bawah, Tidak Guna Populariti Untuk Lariskan Jualan

Nama Liyana Jasmay kini tidak asing lagi dalam industri tanah air. Liyana Jasmay, bukan setakat berbakat dalam bidang nyanyian je tau malah lakonannya pun boleh tahan. Dan untuk pengetahuan korang jugak sekarang Liyana sibuk dalam bidang perniagaannya. Wahh wahh wahh! tiga dalam satu gitu. Liyana kini sibuk mengusahakan label rangkaian pakaian Mermaid Luxe bersama pemilik butik Bella Ammara. Hurmmhh! Memang terbaiklah si Liyana nih!

Namun dalam pada itu, untuk memulakan perniagannya itu, dia tidak akan menggunakan popularitinya sebagai selebriti untuk melariskan jualan barangan menerusi label miliknya iaitu Mermaid Luxe.

Kata Liyana, 26, dia dan kakaknya, Edriana Jasmay bermula dari bawah dalam memulakan perniagaan melalui laman sosial Instagram dan menyertai bazar bagi memperkenalkan produk mereka.

“Benar status selebriti itu mampu menarik pelanggan tetapi saya mahu mendapat kepercayaan pelanggan dengan bermula dari bawah.

“Alhamdulillah banyak yang saya belajar apabila menjual barangan di Instagram dan bazar kerana dari situ kita dapat melakukan kajian pasaran serta memperbaiki produk ditawarkan agar memenuhi kehendak pelanggan,” katanya kepada mStar Online.

Liyana ditemui pada majlis pelancaran klip video lagu tema filem Isyarat Cinta iaitu Tak Harus Memiliki di Restoran Rebung di sini pada Isnin.

Selain Liyana, filem arahan Bade Azmi itu turut menampilkan pelakon terkenal Adi Putra dan Fizo Omar dan ia akan menemui penonton di pawagam pada 19 Mac depan.

Dalam pada itu, menurut Liyana, dia dan kakaknya memulakan perniagaan itu sejak Disember lalu dan setakat ini menjual beberapa jenis pakaian dan tudung.

Malah kata Liyana, mereka bercadang untuk membuka butik khas pada Ogos depan bagi memudahkan pelanggan mendapatkan barangan di bawah jenama Mermaid Luxe.

“Setakat ini kami ingin tengok sambutan pelanggan dan Alhamdulillah penerimaan cukup baik.

“Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar dan semakin stabil Ogos nanti baharulah kami buka butik,” ujarnya.

Liyana Jasmay-Mula Dari Bawah Tidak Guna Populariti Untuk Lariskan Jualan

menurut Liyana lagi, dia teruja apabila melihat generasi muda yang kini rata-rata bersemangat dalam menjalankan perniagaan biarpun secara kecil-kecilan.

Kata Liyana, melihat senario itu dia dan kakaknya bertambah teruja untuk sama-sama memajukan perniagaan mereka dan sering menyertai pelbagai bazar bagi sama-sama memberi sokongan terhadap peniaga lain.

“Seronok melihat ramai anak muda tampil dengan pelbgai produk menarik untuk dijual kepada pelanggan dan ini adalah perkembangan yang cukup baik.

“Setiap kali saya menyertai mana-mana bazar sokon gan dan kerjasama di antara peniaga cukup baik dan membuatkan suasana cukup meriah,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Liyana berkata, syarikat produksinya, Mermaids Studio bakal menerbitkan sebuah super telefilem untuk siaran Astro iaitu Angin Cinta selain sebuah filem berjudul Bella dan Jamie.

42 total views, 42 views today

ep2p-2