[LIVE] Penyokong Anwar berkhemah dan vigil depan pintu penjara Sg Buloh

Sekarang ini sedang berlangsung himpunan Solidariti tanda Sokongan kepada Anwar Ibrahim di hadapan pintu penjara Sungai Buloh.

Kira-kira 150 orang sedang berhimpun sambil memegang lilin bagi menyatakan sokongan terhadap Ketua Pakatan Rakyat tersebut.

Antara pemimpin yang hadir ialah, Nik Nazmi, Manikavasagam, William Leong, Tian Chua, Abdullah Sani serta anak perempuan Anwar iaitu Nurul Nuha.

Menurut salah seorang peserta vigil tersebut, para penyokong Anwar akan berkhemah dihadapan penjara sebagai tanda solidariti kepada Anwar dan sebagai simbol menolak sistem kehakiman yang korup.

Menurut mereka lagi, badan kehakiman Malaysia telah dipengaruhi oleh politik kotor Barisan Nasional.

Laporan lanjut akan dimuatkan dari masa ke semasa. – Utaranews.com

ep2p-2