[LIVE] Keputusan Ketua Hakim Negara setakat ini memihak kepada Saiful Bukhari

Update 11.00 am – Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan pendakwaan bahawa hujah perayu yang menyatakan DNA diperoleh daripada Mohd Saiful tercemar, adalah mengelirukan dan ia tidak menjejaskan kes pendakwaan.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata mahkamah bersetuju dengan dapatan Mahkamah Rayuan bahawa sampel DNA diambil daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuala, berus gigi dan botol air mineral diambil melalui cara yang sah.

Tun Arifin Zakaria juga berkata mahkamah mendapati terdapat bukti yang mencukupi untuk menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

ep2p-2