Lisa Surihani, Pengacara Karpet Merah Oscar?

Anugerah Academy ke-87 bakal diadakan pada 23 Februari 2015 ini di mana sudah pasti ramai yang menantikan untuk melihat artis kesayangan mereka di acara karpet merah, tak gitu?

Untuk pengetahuan semua, aktres Lisa Surihani yang disahkan hamil baru-baru ini, “Tahniah! Lisa Surihani Sah Hamil” dikatakan akan mengacara segment Karpet Merah Oscar pada viewing party yang dinamakan Breakfast with the Stars di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Wahh berbakat kan Lisa ni, bukan sahaja dalam bidang lakonan, malah pengacaraan pun boleh. Sebelum ini pun pernah timbul gosip “Lisa Surihani Bakal Jadi Pengarah Filem” juga, memang versatile sangat Lisa.

Dalam segmen itu, Lisa akan mewawancara beberapa selebriti tanah air seperti Atilia, Thanuja & Anuja (Anuja adalah kembar Thanuja), Sarah Lian, Dato Fazley, Rahmat Mega, Marsha serta Arja Lee.

Lisa Surihani, Pengacara Karpet Merah Oscar?

Lisa Surihani bakal mengacara segmen Karpet Merah Oscar di Breakfast with the Stars

Namun secara keseluruhan, Syazwan Zakaria daripada Hlive akan mengacarakan acara Breakfast with the Stars berkenaan. Nantika sama-sama kemunculan Lisa sebagai pengacara di Breakfast with the Stars

26 total views, 26 views today

ep2p-2