Liga Super: FAS temu penyokong bincang sokongan lebih hemah

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), hari ini mengambil langkah proaktif untuk menyemarakkan sokongan terhadap pasukan Liga Super negeri itu dengan mengadakan pertemuan dengan wakil lima kumpulan penyokong bola sepak negeri.

Pertemuan di sebuah hotel di sini dihadiri Presiden FAS, Datuk Sudarsono Osman, wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), kumpulan penyokong iaitu GB13, Cakoza Troopers, Red Army 88, serta wakil daripada dua laman peminat (Fans Page) Facebook iaitu Sarawak Supercrocs.

Dalam ucapan ketika pertemuan itu, Sudarsono berkata FAS menghargai sokongan yang diberikan semua penyokong serta mengharapkan sokongan yang diberi itu dapat diterjemah dalam bentuk yang positif.

“Sebagai pemain ke-12 pasukan, kumpulan penyokong adalah rakan kepada FAS. Jadi saya harapkan anda semua untuk sama-sama membantu FAS untuk bangunkan bola sepak Sarawak menerusi sokongan secara positif kepada pasukan, gunakan laman sosial anda untuk mempengaruhi penyokong daripada melakukan tindakan yang akan merugikan pasukan,” katanya.

// <![CDATA[
new innity_adZone(“07211688a0869d995947a8fb11b215d6”, “41883”, {“origin”: “MY”, “width”: “300”, “height”: “250”});
// ]]>
Sudarsono berkata untuk rekod sepanjang tahun lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendenda FAS sebanyak RM84,000 kerana beberapa insiden yang berlaku membabitkan penyokong pasukan berkenaan.

Menurutnya adalah lebih baik sekiranya wang denda itu digunakan untuk membentuk pasukan Liga Super dan mengasuh pemain belia yang lebih baik.

Selain pemain import, katanya FAS yakin dalam tempoh dua atau tiga lagi, pasukan Liga Super negeri dapat diwakili oleh 100 peratus anak tempatan.

Pertemuan selama dua jam itu juga turut memberi peluang kepada wakil kumpulan penyokong menyuarakan pendapat serta masalah yang dihadapi seperti larangan yang dikenakan untuk beberapa barangan seperti kayu yang digunakan pada sepanduk biarpun ia bertujuan memberi sokongan kepada pasukan.

Menjawab permasalahan yang dikemukakan itu, Sudarsono meminta kumpulan penyokong menghantar surat permohonan rasmi mengenai jenis barangan yang akan dibawa pada setiap perlawanan untuk penelitian sebelum permohonan itu dirujuk kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Kita mungkin boleh fikirkan beberapa kelonggaran seperti jika kayu yang digunakan pada sepanduk dibawa masuk, ia hanya terhad kepada kumpulan penyokong yang mendapat kebenaran sahaja.

“Jika ada mereka yang lain cuba membawa masuk kayu, maka tindakan akan diambil,” katanya. – BERNAMA

ep2p-5small