LG Menyertai Arena Realiti-Maya Dengan VR Untuk G3 – Google Cardboard Versi Plastik

Samsung sedia menyertai arena realiti-maya dengan hadir bersama peranti Gear VR pada tahun lepas. Kini, rakan senegara mereka, LG turut memperkenalkan sebuah peranti baru memfokuskan kepada teknologi realiti-maya, dinamakan sebagai “VR for G3″ yang mana ditawarkan secara percuma bersama-sama telefon pintar LG G3.

LG VR G3

VR untuk G3 ini direkabentuk seumpama Google Cardboard tetapi hadir dengan binaan plastk. Disamping itu, ia menggunakan perisian Google Cardboard, sekaligus membolehkan sejumlah aplikasi yang telah ditawarkan untuk Google Cardboard turut dinikmati pada VR untuk G3 ini.

Dengan nama VR untuk G3, peranti realit-maya ini memfokuskan kepada pengguna LG G3, dan membawakan potongan yang dikhususkan untuknya. Pengguna hanya perlu menghubungkan LG G3 mereka kedalamnya, dan mula menikmati penawaran kandungan realiti-maya.

LG mengatakan VR untuk G3 ini akan ditawarkan secara percuma bersama-sama pembelian telefon pintar LG G3 di sejumlah pasaran terpilih.

LG VR G3

LG VR G3

ep2p-2