Lepas tembakan angkara berebut gadis Facebook

SELASA lalu, akhbar mela­porkan hanya kerana be­rebut seorang gadis beraksi manja di laman sosial Facebook, dua kumpulan anak muda sanggup bergaduh sehingga melepaskan dua das tembakan.

Bagaimanapun, dalam kejadian pada pukul 12.15 pagi itu, tembakan yang dilepaskan berhampiran sebuah restoran di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan itu tidak mengenai sesiapa. Tembakan itu ditujukan kepada sebuah kereta yang dinaiki kumpulan terbabit.

Insiden bermula apabila gadis yang berusia 23 tahun dan bera­sal dari Kota Bharu itu memuat naik gambar-gambar manja di laman sosial. Tindakan itu menyebabkan dua kumpulan anak muda mahu memiliki gadis Facebook itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kumpulan pertama terdiri daripada lima anak muda. Kumpulan ke­dua pula terdiri daripada tujuh orang termasuk seorang gadis yang masing-masing berusia 20 hingga 27 tahun.

“Kedua-dua kumpulan ini telah berjanji untuk membuat perbincangan meja bulat mengenai isu perebutan seorang gadis yang dikenali di laman Face­book.

“Apabila gadis tersebut telah membuat keputusan untuk memilih kumpulan kedua, kumpulan pertama yang kecewa itu telah melepaskan dua das tembakan. Tembakan itu telah me­ngenai sebuah kereta jenis Pe­rodua Avanza milik orang awam dan kereta jenis Perodua Kelisa dinaiki kumpulan kedua yang diletakkan berhampiran kedai tersebut,” katanya.

Menurutnya, selepas tembakan itu, kumpulan pertama melarikan diri bagaimanapun berjaya diberkas polis lima jam kemudian di sebuah rumah di Jalan Kebun Sultan. Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.

Berebut teman wanita

Katanya, siasatan lanjut me­nemui dua kelongsong peluru dan dua peluru hidup 9MM Luger, sarung pedang dan telefon bimbit jenis Nokia berhampiran tempat kejadian. Turut dirampas adalah sepucuk pistol jenis Steyr Manlicher buatan Australia, satu kelopak senjata, tiga butir peluru hidup 9MM Luger dan sebuah kereta Perodua Alza.

// <![CDATA[
new innity_adZone(“07211688a0869d995947a8fb11b215d6”, “41883”, {“origin”: “MY”, “width”: “300”, “height”: “250”});
// ]]>
“Hasil tangkapan kumpulan pertama mendapati, ahli mereka yang berusia 23 tahun itu telah melepaskan tembakan dan dia mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah selain tidak memiliki kad pengenalan.

“Pistol tersebut juga dipercayai miliknya. Motif kejadian adalah berpunca daripada berebut teman wanita,” katanya sambil memberitahu, kumpulan kedua pula telah dipanggil untuk disoal siasat.

Kesemua suspek termasuk gadis itu kini ditahan reman selama seminggu sehingga esok (16 Februari).

Kawalan kendiri

MAZLAN (tengah) menunjukkan senjata yang dirampas dalam satu kejadian tembak di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan.

 

Sementara itu, Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Put­ra Malaysia, Dr. Zainal Madon berkata, tindakan memuat naik gambar-gambar manja di laman sosial oleh gadis tersebut dilakukan bagi mendapatkan kepuasan dan rasa diri dihargai.

“Mengikut teori Maslow, mo­tivasi manusia digerakkan berdasarkan hierarki keperluan iaitu biologi, keselamatan, penghargaan kendiri, rasa ke­sepunyaan dan penyempurnaan kendiri.

“Bagi gadis tersebut, tindakannya itu mungkin didorong perasaan ingin diterima dan dihargai. Mana-mana individu atau kumpulan yang dapat memenuhi keperluannya itu, sudah tentu akan dipilih dan terpaksa mengetepikan pihak lain sehingga mewujudkan konflik atau suasana tegang,” katanya.

Jelasnya, kewujudan kumpulan adalah lumrah dalam kalangan anak muda. Ini kerana, kumpulan tersebut dibentuk berdasarkan kesamaan seperti berkongsi minat dan aktiviti.

“Kumpulan itu akan membentuk peraturan tertentu bagi me­nunjukkan semangat setia kawan sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja.

“Tindakan salah satu kumpulan anak muda tersebut yang melepaskan tembakan akibat berang tidak dipilih berlaku di­sebabkan mereka gagal mengawal kawalan kendiri selain bertujuan untuk mempertahankan imej atau maruah kumpulan tersebut apatah lagi keadaan ini mungkin bertambah tegang apabila wujud unsur provokasi antara kumpulan.

“Mana-mana kumpulan pun tidak akan berdiam diri jika maruah ahli kumpulan mereka dipermainkan. Bergerak dalam satu kumpulan pada asalnya boleh membawa seseorang ke arah yang positif tetapi kegagalan mengawal kawalan diri akan menyebabkan kumpulan tersebut membabitkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat,” jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0215&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz3RnPyNgzH
Hakcipta terpelihara

ep2p-5small