Lelaki ini pakai baju lucah sambil sembahyang di Masjid..

Terbeliak biji mata ni haa tengok satu gambar yang dikongsi di laman twitter ni. Pi solat kat masjid tapi pakai baju tulis ‘ I Masturbate’ maknanya ‘ Saya Melancap’. Fuhhhhh  tak tahu  la Gomez nak cakap macam mana.

Maybe laki ni tak tahu kot maksud Masturbate tu apa. Hurm mungkin la, sebab tu dia pun main belasah ja pakai. Tapi kalau dia tahu maksudnya tapi dia main bedal je pakai jugak macam  mana cita haaa??

Aduhhh.. Sensitif la sikit, tahu diri tu beragama Islam  kena la peka sikit pasal simbol-simbol  macam ni. Haishhh !! Tapi Gomez syak yang lelaki ni mungkin orang asing sebab kalau tengok dari segi warna kulit lepas tu cara dia tu macam orang asing je.

Tapi tak kesah la sebab dalam islam lambang-lambang salib, lucah dan ganas ni memang tak boleh pakai. Kita yang cerah akal ni tak salah kalau kita pi tegur dia. Mana tahu kot-kot dia memang tak tahu ke kan haaaa.

Aduhaiiii.. Terkedu lidah ni, dah tu singkat pulak tu baju yang dia pakai. Siap nampak lagi belakng dia. Ehhhh !! Yang hijau-hijau tu ape ekk?? Hmmmm.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small