Lama Menyepi, Juliana Evans Akui Populariti Menurun

Juliana Evans Akui Populariti Menurun Setelah Lama Menyepi | Pelakon jelita Juliana Evans yang sebelum ini melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat akui popularitinya semakin menurun setelah beberapa tahun menyepi di dalam dunia hiburan. Walaupun ketika itu masih bergelar pelajar di Amerika Syarikat namun ‘Juliana Evans Masih Terima Tawaran Berlakon‘ namun masih ramai pihak produksi tidak menyedari kesudian Juliana Evans untuk menerima tawaran berlakon ketika masih belajar.

Baru-baru ini, muncul gosip ‘Juliana Evans Mohon Tidak Kaitkan Dirinya Dalam Kisah Cinta Zizan Razak‘ merupakan spekulasi peminat terhadap hubungan cinta Zizan Razak dan Juliana Evans bertaut kembali. Pada hakikatnya mereka tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dan hanya berkawan biasa.

Juliana Evans akui agak sukar pada mulanya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang pelakon yang mempunyai jadual kerja yang sangat padat.

“Sejak saya menyepi seketika dari lakonan, populariti saya menurun. Sekarang ini adalah proses untuk menaikkan semula populariti itu dengan memperbanyakkan lagi hasil karya saya sebagai anak seni.

“Sejujurnya saya sangat merindui pekerjaan saya sebagai seorang pelakon. Namun, saya akui pada mulanya agak sukar untuk menyesuaikan diri kerana bekerja tak tentu masa.

Menarik :- Juliana Evans Enggan Gadai Maruah Di Hollywood

Juliana Evans

“Memang sangat penat kerana bekerja dari pagi hingga ke pagi. Saya perlu biasakan diri semula dengan keadaan seperti itu dan ini sebenarnya kehidupan saya yang dulu.

“Tetapi sekarang ini ia kembali normal,”

Semua pihak memahami apabila bergelar pelakon secara automatik kehidupan bertambah sibuk dan tiada tiada masa untuk meluangkan masa bersama teman, itu lah yang di alami oleh Juliana Evans kini.

Walaupun populariti menurun, penulis yakin nama Juliana Evans pasti meningkat kembali dek kerana mutu lakonan yang bagus dan raut wajah yang cantik. Maklum lah kalau selebriti yang mempunyai pakej lengkap senang sahaja di ingati berbanding artis yang hanya bergantung kepada rupa atau bakat. Chewah! tak gitu?

32 total views, 32 views today

ep2p-2