KONGSI GELAP KELANTAN BERGADUH BEREBUT PEREMPUAN

KOTA BHARU – ‘Pose’ manja seorang gadis 23 tahun di laman sosial Facebook menjadi rebutan hingga menyebabkan berlaku insiden tembakan di hadapan sebuah restoran di Jalan Kebun Sultan, di sini, awal pagi tadi.

Gadis berasal dari Kota Bharu itu pada mulanya muat naik gambar-gambar manja di laman sosial berkenaan hingga menjadi kegilaan dua kumpulan terdiri daripada lima dan tujuh orang yang mahu memilikinya.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, dua kumpulan itu kemudian mengadakan perbincangan di restoran tersebut sebelum gadis terbabit mengambil keputusan memilih untuk mengikut kumpulan yang terdiri daripada tujuh orang berkenaan.

“Berang dengan keadaan itu, seorang daripada anggota kumpulan lima orang terbabit melepaskan dua atau lebih das tembakan ke kereta jenis Alza yang dinaiki kumpulan tujuh orang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, sebentar tadi.

Bagaimanapun tidak sampai lima jam selepas kejadian, kesemua mereka ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971. “Sepucuk pistol jenis Steyr Malnnlicher (made in Australia) berisi tiga peluru hidup dan dua kelongsong dirampas.

“Kesemua suspek berusia 20 hingga 27 tahun dan gadis terbabit akan direman di mahkamah pagi esok,” katanya.

ep2p-5small