Komen Ifa Raziah Tentang Amelina Ratu Dangdut Malaysia

Penyanyi, pelakon dan pengacara Ifa Raziah sebelum ini telah menimbulkan kontroversi hasil gimik dengan Hisyam Hamid dalam persembahan final Gegar Vaganza yang mendapat kritikan orang ramai termasuk Rosyam Nor yang juga merupakan pelakon terkenal tanah air.

Mempamerkan kebolehan nyanyian beliau itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa irama yang menaikkan Ifa selama ini ialah dangdut. Namun begitu, boleh dikatakan yang pertama mempopularkan dangdut di Malaysia ialah Amelina.

Menurut sumber yang diperoleh, Ifa telah memberikan komen mengenai kemunculan semula Amelina dalam industri hiburan setelah berbelasan tahun berhenti dari menyanyi di khayalak ramai. Kemunculannya itu bakal mempopularkan semula lagu dangdutnya.

“Comeback sesuatu yang baru, saya tak nampak benda yang baru (dari Amelina), dia masih nyanyi lagu-lagu lama, mana yang barunya.

“Tidak mengapalah dia nak muncul, muncul lah, tak ada siapa menghalang pun. Tak ada dia ke, ada dia ke, sama sahaja, tak ada beza pun pada saya.

“Saya masih boleh cari makan dengan irama dangdut, masih bertahan sampai hari ini kerana industri dangdut”.

Komen Ifa ada betulnya kerana rezeki manusia berbeza-beza dan Amelina juga berhak untuk memilih bagi kembali menghiburkan peminat. Kemunculan Amelina seharusnya memberi persaingan yang sihat.

Komen Ifa Raziah Tentang Amelina Ratu Dangdut Malaysia

Menurut sumber lagi, Amelina sememangnya sedang menghasilkan material baru dengan komposer Ajai cuma ia belum dikeluarkan di pasaran.

Apapun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan dihasilkan oleh Amelina nanti dan bagaimanakah pulak penerimaan orang ramai terhadap Amelina yang satu ketika dahulu diberi jolokan Ratu Dangdut Malaysia.

38 total views, 38 views today

ep2p-2