Kim Jong Kook Bakal Tinggalkan Running Man?

Dek kerana sering tercedera, penyanyi dan pengacara Running Man, Kim Jong Kook memberitahu hasrat hatinya untuk menarik diri daripada rancangan realiti kegilaan ramai itu. Namun, dirinya diselubungi rasa bersalah terhadap rakan-rakan yang lain.

“Saya sering membawa bekalan ubat ketika berada di set penggambaran Running Man dan saya akui agak sukar untuk saya meneruskan penggambaran tanpa bantuan ‘athletes tape’ itu.

“Kerana sering tercedera saya pernah terfikir untuk menarik diri dari rancangan tersebut dua tahun yang lalu.

“Perasaan bersalah sering menghantui diri saya kerana khuatir saya tidak dapat memberikan yang terbaik kepada ahli dan juga produksi Running Man,” jelasnya.

Memang kalau siapa yang peminat kipas-susah-mati Running Man mesti tahu bagaimana komitmen dan kesungguhannya menyertai rancangan ini. Mungkin Kim Jong Kook perlukan rehat untuk memulihkan kecederaan yang dihadapinya.

Kim Jong Kook Bakal Tinggalkan Running Man

Kim Jong Kook ketika beraksi di dalam Running Man

“Saya berterima kasih kepada ahli Running Man dan juga peminat yang sentiasa memberikan semangat kepada saya sepanjang program ini berlangsung. Saya akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anda.” ujarnya.

Tengok, betapa bersemangatnya Kim Jong Kook demi menghiburkan para peminatnya serta peminat Running Man! Semoga Kim Jong Kook segera pulih dari kecederaan yang dihadapinya.

Kim Jong Kook Bakal Tinggalkan Running Man

44 total views, 44 views today

ep2p-5small