Keputusan JDT vs East Bengal Piala AFC 2015

JDT vs East Bengal 2015 Piala AFC Cup

Video Gol Safee Sali m-53

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) tekad meraih tiga mata penuh berdepan East Bengal pada aksi pembuka tirai Piala AFC 2015 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Jurulatih JDT Bojan Hodak berkata kelebihan beraksi di laman sendiri akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membenam cabaran pasukan pelawat itu yang mendapat khidmat jurulatih baharu pada 17 Feb lepas.

“Kami memburu tiga mata penuh namun sesuatu itu bakal berubah kerana East Bengal baru mendapat jurulatih baharu dan ini mungkin menjadi suntikan semangat kepada pemain mereka.

“…dan saya merasakan perlu membuat sedikit perubahan dari segi strategi kerana saya tidak tahu langsung corak permainan mereka,” katanya pada sidang media pra perlawanan berkenaan, semalam.

Skuad Harimau Selatan itu diundi dalam Kumpulan F pada saingan Piala AFC 2015, bersama-sama Kitchee FC dari Hong Kong, East Bengal (India) dan Balestier Khalsa dari Singapura.

Sementara itu, satu lagi wakil negara dalam saingan kejohanan tersebut, Pahang berdepan cabaran tiga pasukan lain dalam Kumpulan G iaitu Global FC dari Filipina, Yadanarbon (Myanmar) serta wakil Hong Kong, South China.

Bagi memastikan misi meraih tiga mata penuh mampu direalisasikan, Hodak turut membayangkan untuk menyenaraikan penyerang kebangsaan Safee Sali dalam kesebelasan utama, malam esok.

“Saya mungkin melihat terhadap perkara tersebut (menyenarai Safee) kerana prestasinya semakin baik semasa latihan. Namun, saya akan memuktamadkannya selepas sesi latihan hari ini,” katanya.

Sementara itu, jurulatih East Bengal, Eelco Schattorie berkata walaupun masih baharu bersama pasukan berkenaan, beliau sudah mengetahui serba sedikit prestasi anak buahnya itu.

“Saya telah melihat beberapa rakaman video mengenai pasukan ini, dan kami sudah bersedia untuk perlawanan esok,” kata Schattorie yang sebelum ini bersama pasukan United Club di India, bagi menggantikan Armando Colaco yang menamatkan kontrak bersama East Bengal atas faktor kesihatan.

Johor Darul Takzim JDT vs East Bengal 2015 AFC Cup 2015

ep2p-2